TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam renang resort di Kemaman

By
|
Kongsi
image

 

KEMAMAN 12 Okt - Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang meninggal dunia selepas ditemui lemas di kolam renang sebuah resort di sini, petang semalam.

Mangsa, Nurhazwani Abd Halim, 34, yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, dipercayai lemas ketika mandi bersama suaminya sekitar jam 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata, pasangan suami isteri itu tiba dan mendaftar masuk ke resort berkenaan kira-kira jam 4 petang sebelum keluar mandi di kolam renang setengah jam kemudian.

“Selepas hampir sejam berada di dalam kolam, suami mangsa menyedari isterinya tenggelam dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa segera dibawa naik dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kemaman sekitar jam 10.30 pagi Ahad bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Kematian mangsa yang juga Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM itu mendapat perhatian ramai, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang hadir menziarahi keluarga mangsa di Hospital Kemaman pada pagi Ahad.

+ - reset