Berita Berita
JPJ bongkar taktik 'prebet sapu' tukar cat kenderaan jadi van pelancong di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 12 Okt - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menumpaskan kegiatan pengangkutan haram atau prebet sapu yang menjadikan pelancong asing sebagai sasaran, hasil operasi khas yang dijalankan di sekitar ibu kota semalam.
Operasi bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam itu dijalankan di beberapa kawasan tumpuan utama termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail, membabitkan pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki menjalankan aktiviti tersebut.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, hasil operasi berkenaan menyaksikan 10 kenderaan disita, termasuk beberapa van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah.
Lebih mengejutkan, katanya, lima daripada pemandu yang ditahan adalah warga asing dari Bangladesh, Yaman, India dan Sudan, manakala selebihnya rakyat tempatan.
“Ketika ditahan, 35 penumpang dari pelbagai negara termasuk China, Kanada, Pakistan, Bangladesh, India, Palestin dan Iraq sedang menggunakan perkhidmatan itu untuk ke lapangan terbang atau destinasi pelancongan lain.
Ada antara mereka membayar pakej sehingga RM2,100 untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka yang merangkumi penginapan dan pengangkutan diuruskan ejen pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.
Hamidi menjelaskan, antara taktik yang digunakan pemandu terbabit ialah menunggu di kawasan hotel, khususnya ketika waktu puncak daftar keluar sekitar tengah hari, bagi mencari pelanggan dalam kalangan pelancong yang ingin ke destinasi lain.
Beliau turut menasihatkan syarikat pelancongan supaya memastikan semua kenderaan membawa pelancong mempunyai Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) yang sah, memandangkan sebahagian penumpang yang ditahan dikenal pasti sebagai pelanggan syarikat pelancongan berdaftar.
“JPJ Kuala Lumpur tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melanggar undang-undang jalan raya. Pemantauan serta penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara,” katanya.
Menurut beliau, semua 10 kenderaan yang disita terbabit dalam pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM), beroperasi tanpa lesen KPA, serta ada pemandu yang tiada lesen memandu.
Saman turut dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987serta Seksyen 16(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Berita berkaitan
October 12, 2025, 4:14 pm
Empat pelajar disyaki rogol pelajar Tingkatan 3 dibenar ambil SPM – Fadhlina
October 12, 2025, 1:26 pm
Tular video suspek cabut lari, polis siasat kejadian curi kabel di Kota Tinggi
October 12, 2025, 1:02 pm
Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam renang resort di Kemaman
October 12, 2025, 10:04 am
Influenza: 34 MRSM laksana PDPR, lebih 2,700 pelajar dijangkiti - Asyraf Wajdi
October 12, 2025, 9:53 am
Pegawai bank pun tertipu, rugi RM6.65 juta terpedaya pelaburan saham palsu online
October 12, 2025, 8:35 am
Kerajaan salur RM34.81 juta baik pulih 137 pondok, tahfiz seluruh negara
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm