Berita Berita
Pegawai bank pun tertipu, rugi RM6.65 juta terpedaya pelaburan saham palsu online

SEREMBAN, 12 Okt — Seorang pegawai bank berputih mata selepas kerugian RM6.65 juta akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi aplikasi dalam talian dikenali sebagai ‘Egminctd’.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa, seorang wanita yang bekerja di bank swasta, membuat laporan selepas menyedari ditipu oleh individu yang menawarkan peluang pelaburan kononnya menguntungkan.
“Kelmarin, polis menerima laporan berkaitan modus operandi sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud secara atas talian yang membabitkan kerugian RM6,655,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa memuat turun aplikasi ‘Egminctd’ melalui Google Play Store dan melakukan pembelian saham dalam aplikasi berkenaan berdasarkan arahan suspek.
“Mangsa dikatakan membuat sebanyak 129 transaksi antara 3 Ogos hingga 1 Oktober lalu, sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya.
Mohamad Hatta berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang tawaran pelaburan yang mencurigakan serta segera membuat laporan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi menyekat pengeluaran wang sekiranya menjadi mangsa penipuan.
Berita berkaitan
October 12, 2025, 1:26 pm
Tular video suspek cabut lari, polis siasat kejadian curi kabel di Kota Tinggi
October 12, 2025, 1:02 pm
Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam renang resort di Kemaman
October 12, 2025, 12:53 pm
JPJ bongkar taktik 'prebet sapu' tukar cat kenderaan jadi van pelancong di Kuala Lumpur
October 12, 2025, 10:04 am
Influenza: 34 MRSM laksana PDPR, lebih 2,700 pelajar dijangkiti - Asyraf Wajdi
October 12, 2025, 8:35 am
Kerajaan salur RM34.81 juta baik pulih 137 pondok, tahfiz seluruh negara
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina
October 11, 2025, 6:02 pm