TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr Zaliha nafi dakwaan Annuar Musa, tegas tak pernah berbohong di Parlimen

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 13 Okt - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafamenafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh beliau berbohong serta memesongkan fakta ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu.

Ahli Parlimen Sekijang itu menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah serius yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai menteri dan menurunkan integriti institusi Parlimen.

“Saya terpanggil menjawab tuduhan dibuat Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa kononnya saya telah berbohong kepada Parlimen, melakukan fitnah dan memesongkan fakta dalam sesi penerangan Menteri pada 9 Oktober 2025.

“Tidak ada keperluan untuk saya mengulangi perkara yang telah saya bentangkan, kerana segala fakta yang dikemukakan di Dewan Rakyat adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan yang direkodkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Annuar dilaporkan memberi notis kepada Dr Zaliha berhubung kenyataannya bahawa pengambilan tanah Kampung Sungai Baru dilakukan secara tergesa-gesa dalam tempoh tiga hari pada 2021 — kenyataan yang dibuat ketika sesi penerangan hala tuju pembangunan Kampung Baru di Parlimen pada Khamis lalu.

Menjelaskan perkara itu, Dr Zaliha menegaskan semua fakta yang dibentangkan adalah berdasarkan dokumen rasmi kerajaan, bukannya pandangan peribadi.

“Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta, maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya. Integriti Dewan Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan tuduhan yang tidak bersandarkan asas,” ujarnya.

Beliau menambah, fokus utama kerajaan MADANI ketika ini ialah memastikan penduduk Kampung Sungai Baru yang telah bersetuju dapat kembali ke kawasan itu secepat mungkin dan memperoleh hak yang sewajarnya.

+ - reset