Berita Berita
KPM tetap enggan guna rotan cara mendidik, fokus bentuk akhlak murid dengan adab

PUTRAJAYA 13 Okt - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat mendidik murid, sebaliknya menumpukan kepada pendekatan pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata kementerian berpegang pada prinsip bahawa pembentukan generasi beradab dan berakhlak tinggi perlu dicapai melalui bimbingan dan teladan, bukan hukuman fizikal.
“Untuk setakat ini, pendirian kita jelas — kita tidak menggunakan rotan sebagai alat dalam pendidikan.
Negara maju lain juga tidak menggunakan rotan, tetapi mereka tetap berjaya melahirkan generasi yang beradab,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurutnya, banyak negara maju telah membuktikan bahawa disiplin dan etika pelajar boleh dibentuk melalui pendekatan positif, seperti komunikasi berkesan, sokongan emosi, serta pengukuhan nilai murni dalam kalangan warga sekolah.
Beliau menambah bahawa KPM komited memperkukuh peranan guru sebagai pendidik yang mendidik dengan kasih sayang dan empati, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak mulia.
Berita berkaitan
October 13, 2025, 9:53 pm
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat
October 13, 2025, 9:40 pm
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang
October 13, 2025, 8:27 pm
Lelaki ditahan mengamuk pegang pisau pemotong daging di Ijok
October 13, 2025, 7:32 pm
Sindiket edar bunga ganja bernilai hampir RM6 juta tumpas, 7 suspek ditahan sekitar Selangor
October 13, 2025, 5:16 pm
Pengetua perlu main peranan, KPM arah lakukan rondaan setiap pagi pastikan keselamatan murid
October 13, 2025, 4:35 pm
6,000 murid dijangkiti influenza, KPM arah sekolah perketat langkah pencegahan
October 13, 2025, 3:45 pm
Dr Zaliha nafi dakwaan Annuar Musa, tegas tak pernah berbohong di Parlimen
October 13, 2025, 2:18 pm
Empat pelajar disyaki rogol rakan dalam kelas di Melaka dibuang sekolah serta-merta – KPM
October 13, 2025, 2:03 pm