Berita Berita
Pengetua perlu main peranan, KPM arah lakukan rondaan setiap pagi pastikan keselamatan murid

PUTRAJAYA 13 Okt - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua pengetua sekolah di seluruh negara melakukan rondaan pagi setiap hari bagi menilai keadaan persekitaran sekolah dan memastikan keselamatan murid terjamin.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata arahan itu dikeluarkan hari ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan konsep Management by Walking Around (MBWA) atau pengurusan melalui pendekatan turun padang.
“Saya telah berikan arahan kepada semua peringkat di bawah untuk beri perhatian dengan melaksanakan MBWA. Pengetua mesti menilai setiap pagi keadaan sekolah masing-masing.
“Mereka perlu melakukan ‘learning walk’ dengan pergi dari kelas ke kelas untuk melihat apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui MBWA dan ‘learning walk’ ini, pengetua boleh menganalisis tindakan yang perlu diambil segera,” katanya pada sidang akhbar khas di KPM hari ini.
Menurut beliau, meskipun tahun persekolahan kini hampir berakhir, langkah itu perlu dilaksanakan segera bagi memastikan tiada isu pengabaian atau kelemahan pengurusan berlaku di sekolah.
“Walaupun tempoh persekolahan berbaki singkat, kita mahu semua pengetua melaksanakan tanggungjawab ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa terpelihara,” jelasnya.
Dr. Mohd. Azam turut menegaskan bahawa KPM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengetua yang gagal memastikan sekolah masing-masing berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Pihak kementerian akan bertindak jika didapati ada pengetua yang mengabaikan aspek keselamatan sekolah. Ini adalah tanggungjawab utama mereka,” katanya.
Berita berkaitan
October 13, 2025, 9:53 pm
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat
October 13, 2025, 9:40 pm
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang
October 13, 2025, 8:27 pm
Lelaki ditahan mengamuk pegang pisau pemotong daging di Ijok
October 13, 2025, 7:32 pm
Sindiket edar bunga ganja bernilai hampir RM6 juta tumpas, 7 suspek ditahan sekitar Selangor
October 13, 2025, 5:55 pm
KPM tetap enggan guna rotan cara mendidik, fokus bentuk akhlak murid dengan adab
October 13, 2025, 4:35 pm
6,000 murid dijangkiti influenza, KPM arah sekolah perketat langkah pencegahan
October 13, 2025, 3:45 pm
Dr Zaliha nafi dakwaan Annuar Musa, tegas tak pernah berbohong di Parlimen
October 13, 2025, 2:18 pm
Empat pelajar disyaki rogol rakan dalam kelas di Melaka dibuang sekolah serta-merta – KPM
October 13, 2025, 2:03 pm