Berita Berita
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat

SEGAMAT 13 Okt – Tindakan tiga remaja lelaki mencuri tabung surau di Kampung Tanjung Sekawang, di sini, membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan sekitar daerah ini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengerusi surau berkenaan pada 3 Oktober lalu yang memaklumkan kehilangan tabung berisi wang dianggarkan sebanyak RM200.
“Hasil maklumat risikan dan tindakan pantas polis, ketiga-tiga remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun berjaya diberkas di lokasi berbeza di sekitar Segamat.
“Polis turut menemui semula tabung surau yang dipercayai dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Zamry, hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah, manakala dua daripada mereka masih bersekolah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berulang, hukuman boleh ditambah dengan sebatan,” jelasnya.
Tambah beliau, semua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.
“Polis akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah di kawasan ini dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya menyedari sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
October 13, 2025, 9:40 pm
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang
October 13, 2025, 8:27 pm
Lelaki ditahan mengamuk pegang pisau pemotong daging di Ijok
October 13, 2025, 7:32 pm
Sindiket edar bunga ganja bernilai hampir RM6 juta tumpas, 7 suspek ditahan sekitar Selangor
October 13, 2025, 5:55 pm
KPM tetap enggan guna rotan cara mendidik, fokus bentuk akhlak murid dengan adab
October 13, 2025, 5:16 pm
Pengetua perlu main peranan, KPM arah lakukan rondaan setiap pagi pastikan keselamatan murid
October 13, 2025, 4:35 pm
6,000 murid dijangkiti influenza, KPM arah sekolah perketat langkah pencegahan
October 13, 2025, 3:45 pm
Dr Zaliha nafi dakwaan Annuar Musa, tegas tak pernah berbohong di Parlimen
October 13, 2025, 2:18 pm
Empat pelajar disyaki rogol rakan dalam kelas di Melaka dibuang sekolah serta-merta – KPM
October 13, 2025, 2:03 pm