Berita Berita
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang

KLANG 13 Okt - Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas bertindak agresif dengan membaling tin arak dan menumbuk muka anggota polis dalam kejadian di Jalan Mempelam, Taman Gembira, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi apabila suspek yang menunggang motosikal Modenas secara melulu bergesel dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dipandu lelaki berusia 55 tahun.
Menurutnya, pertengkaran tercetus selepas pemandu SUV berkenaan berhenti untuk memeriksa kerosakan kenderaannya, sebelum suspek bertindak membaling tin arak ke arah mangsa namun sempat dielak.
“Pemandu itu kemudian segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Namun, ketika kereta peronda tiba, suspek cuba melarikan diri dengan motosikalnya dan hampir melanggar pemandu SUV tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, berlaku pergelutan ketika anggota polis cuba menahan suspek sebelum lelaki itu menumbuk muka salah seorang anggota yang terbabit.
“Suspek akhirnya berjaya diberkas dan motosikal yang digunakan turut dirampas. Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau,” jelasnya.
Ramli berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menunggang secara cuai serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.
“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.
Berita berkaitan
October 13, 2025, 9:53 pm
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat
October 13, 2025, 8:27 pm
Lelaki ditahan mengamuk pegang pisau pemotong daging di Ijok
October 13, 2025, 7:32 pm
Sindiket edar bunga ganja bernilai hampir RM6 juta tumpas, 7 suspek ditahan sekitar Selangor
October 13, 2025, 5:55 pm
KPM tetap enggan guna rotan cara mendidik, fokus bentuk akhlak murid dengan adab
October 13, 2025, 5:16 pm
Pengetua perlu main peranan, KPM arah lakukan rondaan setiap pagi pastikan keselamatan murid
October 13, 2025, 4:35 pm
6,000 murid dijangkiti influenza, KPM arah sekolah perketat langkah pencegahan
October 13, 2025, 3:45 pm
Dr Zaliha nafi dakwaan Annuar Musa, tegas tak pernah berbohong di Parlimen
October 13, 2025, 2:18 pm
Empat pelajar disyaki rogol rakan dalam kelas di Melaka dibuang sekolah serta-merta – KPM
October 13, 2025, 2:03 pm