TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditahan mengamuk pegang pisau pemotong daging di Ijok

By
|
Kongsi
image

 

KUALA SELANGOR 13 Okt - Suasana di Taman Jasa, Ijok, gempar apabila seorang lelaki bertindak mengamuk sambil memegang pisau pemotong daging sebelum berjaya ditenangkan dan ditahan oleh polis, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 6 petang mengenai kejadian seorang lelaki yang mengamuk dan cuba menyerang penduduk di kawasan perumahan itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Bestari Jaya bergegas ke lokasi dan mendapati suspek sedang menjerit sambil memegang pisau pemotong daging.
“Anggota polis berjaya menenangkan keadaan sebelum menahan lelaki itu tanpa sebarang kecederaan berlaku kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azaharudin berkata, lelaki terbabit kini direman selama enam hari bermula Isnin hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan detik cemas ketika beberapa anggota polis menghalakan pistol ke arah suspek bagi menenangkan keadaan dan mengelakkan kejadian tidak diingini.

+ - reset