Berita Berita
Wan Ahmad Fayhsal digantung keahlian Bersatu selama satu penggal

KUALA LUMPUR 14 Okt - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggantung hak keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, bagi tempoh satu penggal pemilihan parti berkuat kuasa 13 Oktober 2025.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat lembaga berkenaan pada 8 Oktober lalu.
Menurutnya, tindakan itu diambil berikutan Ahli Parlimen Machang tersebut didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu yang mewajibkan setiap ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.
"Sila ambil perhatian, bahawa dengan penggantungan tersebut, maka Yang Berhormat secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.
"Sila ambil perhatian juga bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,"
katanya menerusi notis penggantungan keahlian Bersatu bertarikh 13 Oktober 2025.
Berita berkaitan
October 14, 2025, 2:22 pm
KPT semak semula kelayakan kelas pertama untuk pengecualian bayaran balik PTPTN
October 14, 2025, 1:54 pm
Dua pelajar Tingkatan satu maut motosikal dinaiki rempuh MPV di Besut
October 14, 2025, 1:39 pm
Motif masih dalam siasatan, polis tahan pelajar Tingkatan 2 tikam rakan sekolah hingga maut
October 14, 2025, 1:02 pm
Pelajar Tingkatan 4 maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya
October 14, 2025, 10:04 am
Penduduk mengadu bising, bau busuk, DBKL tangkap lebih 15 ekor anjing liar
October 14, 2025, 9:32 am
1,352 kanak-kanak ditinggalkan, dibuang sejak 2020 — Nancy
October 13, 2025, 9:53 pm
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat
October 13, 2025, 9:40 pm
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang
October 13, 2025, 8:27 pm