TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar Tingkatan 4 maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 14 Okt – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.

Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek dikatakan membawa senjata tajam berupa pisau ke sekolah sebelum menikam mangsa.

Berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai turut mencederakan seorang lagi pelajar dalam insiden berkenaan, namun butiran lanjut masih dalam siasatan.

Ketika ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian, manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, bersama pasukan pegawai penyiasat turut berada di tempat kejadian.

Polis dijangka mengadakan sidang media awal bagi memaklumkan perkembangan lanjut sebaik semua siasatan di lokasi selesai dijalankan.

 

+ - reset