Berita Berita
Motif masih dalam siasatan, polis tahan pelajar Tingkatan 2 tikam rakan sekolah hingga maut

KUALA LUMPUR 14 Okt - Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun susulan kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di luar sebuah kelas dalam kawasan sekolah berkenaan.
Beliau memaklumkan, insiden itu mengorbankan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.
"Kejadian ini amat menyedihkan dan kita mahu siasatan dijalankan segera.
Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah, Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara ini," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli, di sini, hari ini.
Menurut beliau, identiti suspek tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua membawa senjata tajam berupa pisau ke sekolah sebelum menikam pelajar lain hingga maut.
Berita berkaitan
October 14, 2025, 2:22 pm
KPT semak semula kelayakan kelas pertama untuk pengecualian bayaran balik PTPTN
October 14, 2025, 1:54 pm
Dua pelajar Tingkatan satu maut motosikal dinaiki rempuh MPV di Besut
October 14, 2025, 1:02 pm
Pelajar Tingkatan 4 maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya
October 14, 2025, 10:04 am
Penduduk mengadu bising, bau busuk, DBKL tangkap lebih 15 ekor anjing liar
October 14, 2025, 9:44 am
Wan Ahmad Fayhsal digantung keahlian Bersatu selama satu penggal
October 14, 2025, 9:32 am
1,352 kanak-kanak ditinggalkan, dibuang sejak 2020 — Nancy
October 13, 2025, 9:53 pm
Tiga remaja berumur 13 hingga 15 tahun ditahan curi tabung surau di Segamat
October 13, 2025, 9:40 pm
Lelaki ditahan baling tin arak, tumbuk muka polis lepas langgar SUV di Klang
October 13, 2025, 8:27 pm