TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk mengadu bising, bau busuk, DBKL tangkap lebih 15 ekor anjing liar

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 14 Okt - Lebih 15 ekor anjing ditangkap dan ditempatkan di bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas aduan diterima mengenai gangguan bunyi bising dan bau busuk di sekitar Jalan Kepong Lama, Kampung Batu Delima, semalam.

Menurut DBKL, hasil siasatan mendapati semua anjing tersebut dipelihara tanpa lesen dan tidak dikawal dengan baik hingga menimbulkan ancaman kepada penduduk setempat.

“Anjing-anjing ini bukan sahaja mengejar orang ramai, malah menimbulkan gangguan terhadap ketenteraman kejiranan.

“Ketika operasi dijalankan, terdapat individu luar yang cuba memprovokasi dan menghalang petugas,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Tambah kenyataan itu, DBKL dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain komited memastikan kesejahteraan warga kota terpelihara serta akan mengambil tindakan terhadap pemilik haiwan yang gagal mematuhi peraturan.

“Sayang kepada haiwan itu nilai kemanusiaan, namun hak jiran untuk hidup aman juga perlu dihormati.

“Kita boleh membela, tetapi mestilah berlesen dan tidak menyusahkan orang lain,” jelas kenyataan itu.

+ - reset