TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP

By
|
Kongsi
image

GEORGETOWN 16 Okt. – Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan kerjasama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan tawaran perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini.

Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata tambang percuma itu meliputi perjalanan dua hala dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), Georgetown, dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

“Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

+ - reset