Berita Berita
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah

ALOR SETAR 16 Okt. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memandang serius kes rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh melibatkan pelajar di sebuah sekolah di negeri itu.
Dalam kenyataannya hari ini, JPN memaklumkan bahawa tindakan segera telah diambil bagi memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa.
“Tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian sepenuhnya.
“Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah turut memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, siasatan dalaman turut dimulakan, dan tindakan tegas termasuk buang sekolah akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah.
“Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang menambah baik langkah bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua warga sekolah,” ujarnya.
Difahamkan, polis telah menahan empat remaja, termasuk tiga pelajar sekolah di daerah Baling, kerana disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan yang berlaku sejak Mei lalu.
Suspek turut dipercayai menyebarkan bahan lucah berkaitan kejadian itu sehingga tular di media sosial. Kejadian difahamkan berlaku di beberapa lokasi berasingan, termasuk dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 7:09 pm
Ibu mangsa dedah anak ditikam lebih 200 kali, bukan 50 dalam tragedi bunuh di sekolah Bandar Utama
October 16, 2025, 6:04 pm
Anugerah Star Icon 2025 angkat sumbangan tokoh tempatan, antarabangsa
October 16, 2025, 4:59 pm
Kes influenza di IPT masih terkawal – Mustapha
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:22 pm
Feri percuma sempena Deepavali pada 20 Oktober – SPPP
October 16, 2025, 4:02 pm