Berita Berita
Ibu mangsa dedah anak ditikam lebih 200 kali, bukan 50 dalam tragedi bunuh di sekolah Bandar Utama

KUALA LUMPUR 16 Okt - Ibu kepada pelajar perempuan yang dibunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama mendedahkan bahawa anaknya ditikam kira-kira 200 kali, berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima daripada pihak patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Wong Lee Pong berkata, pendedahan itu dibuat selepas menerima laporan rasmi daripada pakar patologi yang menjalankan pemeriksaan ke atas mayat anaknya.
“Laporan yang tular di media sosial mengenai kejadian itu banyak yang tidak benar dan mengguris hati keluarga.
“Saya dimaklumkan oleh pihak patologi bahawa anak saya ditikam sebanyak 200 kali, terdapat luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru,” katanya pada sidang media di Nirvana Center Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Wong, hasil siasatan polis mendapati suspek melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam mangsa, yang ketika itu berada dalam tandas berkunci.
“Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada,” katanya sebak.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa anaknya dirogol atau mengenali suspek, dan merayu orang ramai berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial.
“Anak saya telah menjadi mangsa. Tolong hentikan sebaran berita palsu. Anak saya tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan suspek,” katanya.
Dalam pada itu, Wong turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kod QR palsu yang disebarkan bagi tujuan derma, dan memaklumkan bahawa sumbangan sah hanya boleh dibuat secara terus di Nirvana Center.
Ditanya mengenai peribadi mendiang, Wong berkata anak bongsunya itu seorang pelajar aktif dan berdisiplin, serta gemar menyertai sukan seperti bola tampar dan badminton.
“Dua hari sebelum kejadian, dia baru sahaja mendapat tempat kedua dalam kejohanan badminton di ibu kota,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga mati dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa lalu.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan bahawa tikaman pada dada dan leher dikenal pasti sebagai punca kematian mangsa, berdasarkan keputusan bedah siasat PPUM yang selesai pada jam 10.30 malam.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 9:06 pm
KDN lupus 5.5 tan alat mainan seks di Selangor
October 16, 2025, 6:04 pm
Anugerah Star Icon 2025 angkat sumbangan tokoh tempatan, antarabangsa
October 16, 2025, 4:59 pm
Kes influenza di IPT masih terkawal – Mustapha
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm