Berita Berita
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang

SIPITANG 16 Okt. – Seorang murid perempuan cedera di kepala selepas dipercayai dipukul oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah ini, pagi tadi.
Gambar menunjukkan kecederaan dialami mangsa tular di media sosial, dipercayai akibat dipukul menggunakan tali pinggang.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda, mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi.
“Siasatan sedang dijalankan. Kejadian ini melibatkan sesama rakan pelajar,” katanya seperti dilaporkan.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi dan gambar mangsa dimuat naik bersama dakwaan kejadian itu.
Beberapa imej turut menunjukkan pakaian mangsa berlumuran darah akibat kecederaan dialami.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 9:06 pm
KDN lupus 5.5 tan alat mainan seks di Selangor
October 16, 2025, 7:09 pm
Ibu mangsa dedah anak ditikam lebih 200 kali, bukan 50 dalam tragedi bunuh di sekolah Bandar Utama
October 16, 2025, 6:04 pm
Anugerah Star Icon 2025 angkat sumbangan tokoh tempatan, antarabangsa
October 16, 2025, 4:59 pm
Kes influenza di IPT masih terkawal – Mustapha
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm