Berita Berita
KDN lupus 5.5 tan alat mainan seks di Selangor

PUTRAJAYA 16 Okt - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan sebanyak 4,667 unit alat mainan seks seberat 5.5 tandengan anggaran nilai RM146,000 hasil rampasan di sekitar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, KDN menjelaskan bahawa semua barangan terlarang berkenaan merupakan hasil operasi penguatkuasaan yang telah selesai melalui proses mahkamah antara Julai 2023 hingga Jun 2024.
Menurut kenyataan itu, tindakan pelupusan dilaksanakan selepas kesemua barangan diputuskan untuk dilucutkan hak melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
“Kaedah pelupusan dilaksanakan mengikut Garis Panduan Pengurusan Pelupusan Barang Kes/Tahan/Eksibit yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN), dengan memastikan alat mainan seks tersebut dimusnahkan sepenuhnya supaya tidak lagi berbentuk asal atau berfungsi,” katanya.
KDN menegaskan pihaknya komited melaksanakan penguatkuasaan secara tegas bagi membanteras sebarang bahan atau penerbitan yang memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam serta bercanggah dengan nilai sosiobudaya masyarakat Malaysia.
“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja tidak bermoral, malah boleh menjejaskan nilai dan norma kehidupan masyarakat. Kementerian akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menerbit, menjual atau mengedar penerbitan larangan yang memudaratkan kemoralan atau keselamatan negara,” katanya lagi.
Orang ramai diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penerbitan tidak diingini melalui talian 03-8000 8000 / 8889 3909, e-mel aduanpk@moha.gov.my, atau laman web rasmi www.moha.gov.my.
Berita berkaitan
October 16, 2025, 7:09 pm
Ibu mangsa dedah anak ditikam lebih 200 kali, bukan 50 dalam tragedi bunuh di sekolah Bandar Utama
October 16, 2025, 6:04 pm
Anugerah Star Icon 2025 angkat sumbangan tokoh tempatan, antarabangsa
October 16, 2025, 4:59 pm
Kes influenza di IPT masih terkawal – Mustapha
October 16, 2025, 4:49 pm
Kabinet bincang kes rogol dan tikam pelajar dalam mesyuarat esok
October 16, 2025, 4:35 pm
Murid perempuan cedera dipukul rakan sekolah di Sipitang
October 16, 2025, 4:30 pm
JPN Kedah siasat kes rogol dan video lucah melibatkan pelajar sekolah
October 16, 2025, 4:22 pm