TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu, anak ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Juru

By
|
Kongsi
image

BUKIT MERTAJAM 19 Okt - Dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh di sebuah rumah di kawasan Juru, di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh suami wanita terbabit selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya. Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemukan di bahagian dapur di tingkat bawah rumah, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemui di tingkat atas kediaman tersebut. – Bernama

+ - reset