Berita Berita
Naib juara AF4, Lotter meninggal dunia akibat penyakit tiroid

KOTA KINABALU 19 Okt - Dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang lagi bakat apabila penyanyi dan naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini, semalam selepas bertarung dengan penyakit tiroid.
Lotter atau nama sebenarnya Lotter P Edwin Edin, dilaporkan bergelut dengan penyakit berkenaan sejak kebelakangan ini sebelum disahkan meninggal dunia di sisi keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Pemergiannya mengejutkan ramai rakan artis serta penggiat seni tempatan, khususnya di Sabah, yang mengenali beliau sebagai seorang yang ceria dan bersemangat tinggi.
“Tiada sudah Lotter artis kesayangan kita,” kata penyanyi Sabah, Maldini, yang juga rakan karib mendiang, ketika mengesahkan berita duka itu.
Menurut sumber terdekat, Lotter dikenal sebagai seorang yang ceria dan tabah, malah berusaha menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan umum.
Penyanyi kelahiran Membakut, Sabah itu turut dilaporkan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tanggadalam masa terdekat.
Mendiang yang aktif dalam industri hiburan di Sabah dikenali kerana karakter bersahaja dan personaliti menghiburkan yang berjaya mencuri hati peminat ketika menyertai AF4 pada tahun 2006, ketika berusia 25 tahun.
Dalam pertandingan tersebut, Lotter muncul naib juara, manakala tempat pertama dimenangi oleh Faizal Ramly dari Marang, Terengganu.
Pemergian Lotter disifatkan sebagai kehilangan besar buat industri muzik Sabah dan Malaysia, yang akan sentiasa mengingati bakat serta keceriaan beliau di pentas seni.
Berita berkaitan
October 19, 2025, 4:56 pm
Lelaki potong giliran ketika isi minyak cedera dipukul pemandu lori di Ampang
October 19, 2025, 2:34 pm
Kecaman melampau dalam isu rundingan damai Gaza tidak bantu selesaikan konflik - Anwar
October 19, 2025, 1:51 pm
Wanita, anak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Juru, polis tahan suami bantu siasatan
October 19, 2025, 7:59 am
Ibu, anak ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Juru
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm