Berita Berita
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar

KUALA LUMPUR 18 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perpaduan dan kebersamaan rakyat pelbagai kaum serta agama merupakan teras utama kekuatan negara yang perlu terus dipelihara bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia untuk jangka panjang.
Anwar berkata demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025, yang disambut dalam suasana penuh ceria, harmoni dan kekeluargaan bersama ribuan rakyat pelbagai kaum dan penganut Hindu, di ibu negara hari ini.
Beliau hadir bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi meraikan perayaan itu yang turut diserikan dengan persembahan kebudayaan serta hidangan tradisional masyarakat India.
“Saya dan Azizah bersama ribuan rakyat pelbagai kaum serta penganut Hindu meraikan sambutan Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 dalam suasana penuh ceria, harmoni dan kekeluargaan.
“Selain saling bertegur sapa, bergambar kenangan dan menikmati hidangan tradisional, persembahan kebudayaan yang dipersembahkan turut menyerikan lagi kemeriahan sambutan kali ini hatta menggambarkan keindahan Malaysia yang majmuk,” katanya.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan bahawa kepelbagaian demografi dan budaya bukan sekadar menjadikan Malaysia unik, tetapi merupakan anugerah yang perlu terus disemai dan dipelihara.
“Kepelbagaian ini adalah anugerah yang menjamin keamanan serta kesejahteraan yang berpanjangan.
“Kita mesti terus menghargai nikmat yang telah dikecapi bersama dengan menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain, walaupun berbeza agama, kaum atau bangsa,” katanya.
Anwar turut menyeru rakyat agar terus mengamalkan sikap saling menghormati dan memahami dalam kehidupan bermasyarakat bagi mengekalkan keharmonian yang menjadi tunjang kepada Malaysia MADANI.
“Hanya dengan saling menghormati dan memahami, kita mampu membina Malaysia yang benar-benar aman dan bersatu padu,” katanya.
Perayaan Rumah Terbuka Deepavali MADANI tahun ini menampilkan semangat perpaduan yang jelas, dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama-sama menikmati suasana penuh warna-warni dan semangat kekeluargaan — sejajar dengan aspirasi #MalaysiaMADANI dan tema #RancakkanMADANI. - Media Telus
Berita berkaitan
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 2:47 pm
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm