Berita Berita
Malaysia jadi tuan tumah GSF 2025, beri tumpuan peranan sektor swasta pacu pembangunan tenaga kerja

KUALA LUMPUR, 18 Okt - Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada Forum Kemahiran Global (Global Skills Forum – GSF) 2025 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2025 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Forum ini dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Pertubuhan Majikan Antarabangsa (IOE), serta mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut kenyataan HRD Corp, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan forum berprestij itu bersama Ketua Pengarah ILO, Encik Gilbert F. Houngbo dan Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong.
GSF 2025 memberi tumpuan kepada peranan penting majikan dan industri dalam membentuk hala tuju pembangunan tenaga kerja, khususnya dalam memperkasa sektor swasta sebagai pemacu latihan, inovasi berskala besar dan pertumbuhan ekonomi mampan.
Penganjuran forum ini juga merupakan sebahagian daripada ASEAN Year of Skills (AYOS) 2025, inisiatif utama Kementerian Sumber Manusia melalui HRD Corp sempena Kepengerusian Malaysia-ASEAN 2025.
AYOS berfungsi sebagai platform serantau bagi merapatkan jurang kemahiran, menggalakkan mobiliti bakat serta memperkukuh kerjasama awam-swasta di seluruh rantau ASEAN.
Dengan tema ‘Peranan Sektor Swasta dalam Pembangunan Kemahiran: Mendorong Inovasi dan Impak,’ GSF 2025 akan menghimpunkan ketua kerajaan, menteri, penggubal dasar, majikan, agensi tenaga kerja, penyedia latihan, ahli akademik dan rakan pembangunan antarabangsa.
Perbincangan dua hari itu akan memfokuskan kepada isu-isu strategik termasuk transformasi digital, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI) serta industri baharu yang membentuk masa depan pekerjaan.
Meneruskan kejayaan penganjuran di Geneva pada 2024, GSF 2025 di Kuala Lumpur dijangka menjadi penanda aras penting bagi rantau ASEAN dan komuniti global dalam mentakrif semula pembangunan kemahiran untuk memacu daya saing, ketahanan dan kemakmuran inklusif.
Untuk maklumat lanjut mengenai ASEAN Year of Skills 2025, orang ramai boleh melayari https://aseanyearofskills.org.
Berita berkaitan
October 18, 2025, 3:56 pm
36 mangsa tragedi Putra Heights saman Petronas Gas, 4 pihak lain, Tommy Thomas dilantik peguam utama
October 18, 2025, 3:27 pm
Perpaduan dan kebersamaan teras kekuatan negara – Anwar
October 18, 2025, 1:17 pm
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan WFH sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
October 18, 2025, 11:36 am
Tok siak ditahan disyaki pegang kemaluan remaja 15 tahun ketika tumpang kereta di Bukit Sentosa
October 18, 2025, 5:01 am
'Lebih baik kami ambil jalan masing-masing' - Rafizi tak nampak ruang untuk kembali ke pimpinan PKR
October 17, 2025, 7:33 pm
Bapa, dua anak antara enam dicekup punggah 509kg daun ketum di Kuantan
October 17, 2025, 7:18 pm
Pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 kolej kediaman
October 17, 2025, 4:05 pm