Berita Viral
F&N nafi ada hubungan dengan Israel, jelaskan produk Gold Coin dieksport ke Palestin
KUALA LUMPUR 22 Okt - Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menegaskan bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel, susulan penularan sebuah klip video di media sosial yang mendakwa pembungkusan produk mereka menggunakan tulisan mirip bahasa negara Zionis.
Dalam satu kenyataan hari ini, F&NHB menjelaskan bahawa produk Gold Coin yang menjadi tumpuan dalam video berkenaan diekspot secara eksklusif untuk pasaran Palestin, bukan Israel.
“Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan keperluan tempatan seperti diminta oleh pelanggan kami,” katanya.
F&NHB menegaskan pihaknya sentiasa menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna, selain berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.
“Kami berterima kasih kepada orang ramai kerana memaklumkan perkara ini dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap syarikat kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian pengguna kami di 1800-88-1988 atau emel ke groupcomms@fn.com.my,” tambah kenyataan itu.
Terdahulu, tular di TikTok sebuah video memaparkan seorang warga Palestin menunjukkan produk Gold Coin dengan tulisan Ibrani serta logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna tempatan.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
