Berita Jenayah
Pembantu rumah di Serdang diseksa majikan, mulut dimasukkan air panas hanya kerana makan kicap tak beritahu
SERDANG 24 Okt – Seorang pembantu rumah warga Indonesia berdepan penderaan kejam apabila mulutnya dimasukkan air panas oleh majikan hanya kerana tidak memberitahu mahu menggunakan kicap untuk makan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata kejadian itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 37 tahun menerima mesej daripada adiknya pada 19 Oktober lalu, kira-kira jam 2.30 petang, memaklumkan insiden penderaan berlaku di rumah mereka.
“Pengadu kemudian menghubungi adiknya dan dimaklumkan bahawa pembantu rumah telah didera oleh ibu mereka.
“Antara bentuk penderaan termasuk memasukkan air panas ke dalam mulut mangsa hanya kerana tidak memberitahu mahu menggunakan kicap untuk makan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati mangsa sebelum ini turut mengalami penderaan fizikal berulang dan kejam, termasuk dipicit payudara hingga luka dan bernanah, disimbah air panas ke kaki, serta ditendang hingga gigi patah.
“Bertindak atas maklumat, pada 20 Oktober kira-kira jam 1 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah menahan seorang wanita tempatan berusia 59 tahun dan menyelamatkan mangsa.
“Tangkapan susulan dibuat pada 23 Oktober terhadap suami wanita berkenaan yang juga berusia 59 tahun,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Selepas siasatan lengkap, kes dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Klang pada 24 Oktober di bawah Seksyen 13(a) ATIPSOM 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah dan dibenarkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Pasport mereka turut diserahkan kepada mahkamah,” katanya.
Muhamad Farid turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah penderaan atau eksploitasi pekerja asing kepada pihak polis di balai berhampiran atau menghubungi IPD Serdang di talian 03-8074 2222.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
