TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut ditetak sepupu guna parang di Tumpat

By
|
Kongsi
image

TUMPAT 25 Okt. – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut selepas ditetak bertubi-tubi menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Kok Bedullah, di sini, kira-kira jam 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga saudara mangsa datang ke rumah mangsa sebelum menyerangnya dengan senjata dipercayai parang.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan tangan, termasuk lengan kiri yang putus akibat tetakan.

“Polis turut merampas sebilah parang panjang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Khairi berkata, suspek telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau turut menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, sambil memaklumkan motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama.

+ - reset