TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hati-hati, semua negeri di utara Semenanjung diramal hujan berterusan hingga esok - MetMalaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 24 Okt - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlanjutan sehingga esok, melibatkan beberapa negeri di utara Semenanjung.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu diramal melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, dengan hujan berintensiti sederhana hingga lebat sepanjang tempoh tersebut.

“Keadaan cuaca itu berkemungkinan menyebabkan paras air di kawasan rendah meningkat dan berisiko berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko diingatkan agar lebih berwaspada dan sentiasa memantau maklumat serta amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

MetMalaysia turut menasihatkan masyarakat mendapatkan maklumat sahih melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, atau platform media sosial rasmi jabatan bagi perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca di kawasan masing-masing. - Media Telus

+ - reset