TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mangsa banjir di Perak meningkat kepada hampir 3,000 orang

By
|
Kongsi
image

IPOH 25 Okt. – Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 2,984 orang daripada 1,010 keluarga yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat jam 10 pagi, Sabtu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mencatat jumlah tertinggi dengan 2,055 mangsa daripada 723 keluarga yang kini ditempatkan di 19 PPS.

Ini diikuti oleh daerah Manjung yang menempatkan 616 mangsa daripada 199 keluarga di empat PPS, manakala Kerian merekodkan 203 mangsa daripada 57 keluarga di dua PPS.
Perak Tengah pula mempunyai 110 mangsa daripada 31 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua stesen sungai di negeri itu — Kolam Air Bukit Merah di Kerian dan Sungai Slim di Slim River, Muallim — telah melepasi paras bahaya dengan bacaan masing-masing 9.26 meter dan 25.47 meter.

Semalam, seramai 2,806 mangsa daripada 955 keluarga telah dipindahkan selepas hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di keempat-empat daerah terbabit.

+ - reset