Berita Berita
Tiada perubahan garis panduan penyajian arak di dewan sekolah - Fahmi
PUTRAJAYA 24 Okt - Kerajaan mengekalkan garis panduan dan amalan sedia ada berhubung penyajian alkohol dalam acara yang diadakan di dewan sekolah, seperti yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dan Kabinet memutuskan untuk tidak membuat sebarang perubahan terhadap garis panduan semasa.
“Pertama, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dibincangkan mengenai isu sekolah dan penganjuran acara yang ada menyediakan, menyajikan minuman beralkohol.
“Jemaah Menteri diingatkan dan memutuskan garis panduan serta amalan sedia ada adalah terpakai — tidak ada perubahan kepada garis panduan sedia ada,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi susulan bagi menjelaskan butiran lanjut mengenai garis panduan berkenaan.
“Mungkin di beberapa media ada perkara yang ingin ditanya tapi Kementerian Pendidikan akan menerbitkan kenyataan susulan kepada sidang media ini dan saya minta rakan-rakan media untuk rujuk dengan KPM,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, menegur penganjuran pesta arak dalam kawasan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ipoh pada 27 September lalu.
Anwar dilaporkan berkata, walaupun acara itu berlangsung selepas waktu persekolahan dan dianjurkan oleh pihak luar, ia tetap melanggar peraturan kerana diadakan dalam kawasan sekolah.
Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi termasuk daripada Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, yang menyifatkan pandangan Anwar sebagai “menjolok sarang tebuan” dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina yang menganggapnya mengganggu amalan tradisi lama.
Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa garis panduan itu tidak terpakai kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Fahmi menjelaskan bahawa terdapat perbezaan dari segi pentadbiran dan kemudahan di sekolah tersebut.
“Jemaah Menteri maklumkan bagi sesetengah sekolah jenis kebangsaan Cina ada yang mendapat bantuan penuh, ada yang beberapa fasiliti dibangunkan dan dijaga oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), ataupun dibangunkan oleh pihak swasta.
“Jadi ada beberapa perkara yang terpakai khusus untuk sekolah-sekolah Cina. Tapi boleh rujuk kenyataan daripada KPM sejurus selepas sidang media ini,” katanya.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 9:01 pm
Kubur terhakis, jenazah hanyut akibat banjir di Kuala Trong
October 24, 2025, 8:28 pm
Hati-hati, semua negeri di utara Semenanjung diramal hujan berterusan hingga esok - MetMalaysia
October 24, 2025, 8:14 pm
Polis buru tuan lembu sebabkan kemalangan ragut nyawa bayi di Bera
October 24, 2025, 4:24 pm
Penunggang maut langgar belakang lori di Jalan Kempas Lama
October 24, 2025, 4:17 pm
Tiada lockdown di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Fahmi
October 24, 2025, 2:59 pm
Bayi 11 bulan maut, kereta keluarga terbabas selepas langgar sekumpulan lembu
October 24, 2025, 2:48 pm
Dua pasangan ditahan berkhalwat di hotel, beri alasan ‘berteduh sebab hujan’
October 24, 2025, 2:38 pm
Donald Trump tiba di Malaysia Ahad ini untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 24, 2025, 2:33 pm
