TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gangguan sistem semboyan sebabkan tren Laluan Putrajaya lewat, Rapid Rail aktifkan bas perantara percuma

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 25 Okt – Perkhidmatan tren Laluan Putrajaya mengalami kelewatan hari ini susulan gangguan sistem semboyan yang dikesan antara Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Putrajaya Sentral.

Dalam kenyataan, Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan gangguan itu menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual bagi menjamin keselamatan penumpang, sekali gus menyebabkan pergerakan tren lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.

“Sebagai langkah alternatif, bas perantara ulang-alik percuma disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” kata Rapid Rail.

Antara laluan bas perantara yang disediakan ialah:

  • Kwasa Damansara – Sungai Buloh

  • Sungai Buloh – Sri Delima

  • Sri Delima – Sentul Barat

  • Sentul Barat – Ampang Park

  • Ampang Park – Tun Razak Exchange (TRX)

  • TRX – Taman Naga Emas

  • Taman Naga Emas – Serdang Raya Selatan

  • Serdang Raya Selatan – UPM

  • UPM – 16 Sierra

  • 16 Sierra – Putrajaya Sentral

Rapid Rail menjelaskan, pasukan kejuruteraan telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja baik pulih dan memulihkan operasi secepat mungkin.

Selain itu, anggota polis bantuan dan petugas stesen turut ditempatkan di platform serta ruang legar untuk membantu penumpang, manakala pengumuman berkala dibuat di semua stesen terlibat bagi memaklumkan perkembangan semasa.

Rapid Rail menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan alternatif pengangkutan lain bagi mengelakkan kelewatan, selain merujuk laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini.

+ - reset