Berita Berita
KBS nafi Warzone World Championship dapat kelulusan penganjuran
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihaknya.
Dalam kenyataan media pada Ahad, KBS menjelaskan bahawa sebarang penganjuran acara sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, wajib memperoleh kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
“Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.
“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan dan imej sukan negara terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Acara International Influencer Super Lightweight Champion WWC yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan menjadi tumpuan selepas beberapa klip video tular memaparkan pertengkaran antara petarung Malaysia dan Indonesia.
Video promosi itu mengundang kritikan dalam kalangan komuniti sukan tempur negara, termasuk jaguh Muay Thai, Johan Ghazali, yang menyifatkan gimik provokatif tersebut memberi contoh buruk kepada penonton muda serta menjejaskan imej sukan.
“Sudah-sudahlah memalukan sukan ini. Kalau orang tua perangai macam budak, siapa hendak hormat? Kita naikkan Muay Thai dari kosong, pakcik datang apabila dah hangat dan buat perangai bangang, siapa tak marah?
“Tolonglah cari penyelesaian dan bukannya masalah,” tegas Johan yang menujukan kenyataannya kepada Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi.
Yusuf dijadual bertarung dengan petarung Indonesia, Yunus Martin, dan kedua-duanya terbabit dalam siri provokasi melampau sebagai gimik melariskan acara WWC.
Sidang media WWC di Bangsar pada Sabtu turut menerima kecaman kerana dipenuhi aksi drama dan provokasi murahan beberapa petarung Malaysia dan Indonesia.
Muaythai Malaysia turut menzahirkan rasa kecewa dengan gimik berlebihan itu.
“Nak buat drama promosi tiket terpulanglah, tapi jangan malukan nama sukan. Bila libatkan budak bawah umur dalam pemasaran tidak bermoral… tunggu penarikan lesen,” katanya.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
November 3, 2025, 4:05 pm
Tiga lelaki ditahan belasah budak 12 tahun hingga cedera dituduh curi 'power bank'
November 3, 2025, 3:59 pm
'Terdapat unsur pengabaian' - Polis panggil ibu bapa budak lemas di kolam 'homestay' di Durian Tunggal
November 3, 2025, 3:21 pm
'Inilah saat terjemah segala pengorbanan' - Anwar ucap selamat maju jaya kepada 413,000 calon SPM 2025
November 3, 2025, 2:35 pm
MP kerajaan gesa tindakan tegas terhadap Awang Hashim atas dakwaan hina Hulu Langat, Kota Melaka
November 3, 2025, 2:31 pm
