TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jakim tegaskan istilah ‘Muslim Choice’ tidak diiktiraf dan boleh kelirukan pengguna

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 3 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan bahawa istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch – MFW) bukanlah perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, penggunaan istilah itu berpotensi mengelirukan masyarakat mengenai status halal sesuatu produk atau premis.

Beliau menjelaskan bahawa di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya Jakim dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberikan kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia.

“Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam oleh mana-mana pihak selain Jakim atau MAIN/JAIN adalah tidak sah.

“Ia juga melanggar peraturan, menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara serta mengelirukan pengguna Muslim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Sirajuddin mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan atau mempamerkan apa jua bentuk logo, simbol atau istilah yang boleh memberikan tanggapan halal tanpa pengesahan berautoriti daripada Jakim atau MAIN/JAIN.

Menurut beliau, Jakim sebelum ini telah bertemu dengan MFW pada 23 Ogos 2024 untuk menjelaskan bahawa penggunaan pengiktirafan ‘Muslim Choice’ oleh pertubuhan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, dan meminta agar aktiviti tersebut dihentikan.

Namun, berdasarkan aduan diterima daripada pihak berkuasa agama negeri, MFW dilaporkan masih meneruskan penggunaan istilah berkenaan.

+ - reset