Berita Berita
Namewee ditahan di hotel, positif empat jenis dadah
KUALA LUMPUR 3 Nov – Pengarah dan pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di ibu negara, bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 22 Oktober lalu sekitar jam 4.30 petang.
"Hasil pemeriksaan di dalam bilik hotel menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram.
"Suspek berusia 42 tahun itu kemudiannya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati Namewee positif empat jenis bahan terlarang iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.
"Suspek direman selama dua hari melalui perintah mahkamah bagi membantu siasatan sebelum pertuduhan dibuat,” katanya.
Tambah Fadil, suspek telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu atas dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah, manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.
“Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” katanya.
Kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Disember depan.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
November 3, 2025, 4:05 pm
Tiga lelaki ditahan belasah budak 12 tahun hingga cedera dituduh curi 'power bank'
November 3, 2025, 3:59 pm
'Terdapat unsur pengabaian' - Polis panggil ibu bapa budak lemas di kolam 'homestay' di Durian Tunggal
November 3, 2025, 3:21 pm
'Inilah saat terjemah segala pengorbanan' - Anwar ucap selamat maju jaya kepada 413,000 calon SPM 2025
November 3, 2025, 2:35 pm
MP kerajaan gesa tindakan tegas terhadap Awang Hashim atas dakwaan hina Hulu Langat, Kota Melaka
November 3, 2025, 2:31 pm
