Berita Berita
Papagomo ditahan lagi bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR 3 Nov – Penulis blog, Wan Azri Wan Deris, sekali lagi ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Peguam Rafique Rashid Ali memaklumkan bahawa anak guamnya ditahan kira-kira jam 9.30 malam di hadapan rumahnya.
“Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dijangka direman pagi esok (hari ini) pada 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, Rafique tidak memperincikan kes mana yang menjadi punca penahanan tersebut.
Tangkapan terbaharu ini merupakan kali kedua Wan Azri ditahan dalam tempoh kurang dua minggu selepas beliau ditahan pada 26 Oktober lalu sekitar jam 12.30 pagi sebelum direman pada pagi yang sama.
Wan Azri kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong. Pada 24 September lalu, mahkamah memerintahkan beliau membela diri terhadap pertuduhan berkenaan.
Sebelum itu, pada 3 September, mahkamah sama membebaskannya daripada satu lagi pertuduhan berhubung kenyataan berunsur hasutan yang mendakwa kerajaan bersikap pro-Israel.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan tersebut.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
November 3, 2025, 4:05 pm
Tiga lelaki ditahan belasah budak 12 tahun hingga cedera dituduh curi 'power bank'
November 3, 2025, 3:59 pm
'Terdapat unsur pengabaian' - Polis panggil ibu bapa budak lemas di kolam 'homestay' di Durian Tunggal
November 3, 2025, 3:21 pm
'Inilah saat terjemah segala pengorbanan' - Anwar ucap selamat maju jaya kepada 413,000 calon SPM 2025
November 3, 2025, 2:35 pm
MP kerajaan gesa tindakan tegas terhadap Awang Hashim atas dakwaan hina Hulu Langat, Kota Melaka
November 3, 2025, 2:31 pm
