TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Roblox janji tingkat keselamatan, sedia kerjasama dengan kerajaan – Hannah Yeoh

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Aplikasi permainan dalam talian popular, Roblox memberi jaminan untuk memperkukuh aspek keselamatan pengguna melalui gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa pihak Roblox turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan, khususnya dalam perkongsian data serta pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

Menurut beliau, kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak yang bermain permainan tersebut telah disuarakan kepada pihak platform berkenaan.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu, saya risau apabila melihat bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak.

“Kita mahu dunia digital yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hannah menjelaskan, Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna global, termasuk lebih satu juta pengguna di Malaysia.

“Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan,” tambahnya.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun menggunakan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata motif insiden masih disiasat, namun siasatan awal mendapati kanak-kanak itu kemungkinan bertindak demikian selepas permainan Roblox yang dimainkannya terganggu dan semua ‘point’ terkumpul hilang.

+ - reset