Berita Berita
Kerajaan teliti semula pelaksanaan penyasaran subsidi bagi elak ketirisan
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan penyasaran subsidi dan bantuan yang disalurkan kepada rakyat, dilakukan secara berperingkat dan berfasa bagi memastikan ketirisan dapat dikurangkan dan hanya golongan layak menerima manfaat tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan subsidi diagihkan dengan lebih berkesan.
“Buat masa ini, keutamaan kerajaan adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api seperti diesel dan BUDI95 sebagai asas kepada penstrukturan subsidi yang lebih menyeluruh.
“Bagi memastikan barangan bersubsidi seperti gula, beras dan minyak masak sampai kepada golongan sasar, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah termasuk meningkatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan.
“Kerajaan juga akan memastikan ketersediaan bekalan barangan bersubsidi di setiap siri program Jualan Rahmah Madani,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Hui Ying memaklumkan bahawa sasaran pelaksanaan program Jualan Rahmah Madani tahun ini turut diperluaskan — daripada dua kali sebulan di setiap Parlimen kepada sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ketika ini terdapat lebih kurang 600 DUN. Oleh itu, barangan bersubsidi ini dapat diakses dengan lebih mudah sekiranya ia tidak terdapat di kedai runcit,” jelasnya.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
November 3, 2025, 4:05 pm
Tiga lelaki ditahan belasah budak 12 tahun hingga cedera dituduh curi 'power bank'
November 3, 2025, 3:59 pm
'Terdapat unsur pengabaian' - Polis panggil ibu bapa budak lemas di kolam 'homestay' di Durian Tunggal
November 3, 2025, 3:21 pm
'Inilah saat terjemah segala pengorbanan' - Anwar ucap selamat maju jaya kepada 413,000 calon SPM 2025
November 3, 2025, 2:35 pm
MP kerajaan gesa tindakan tegas terhadap Awang Hashim atas dakwaan hina Hulu Langat, Kota Melaka
November 3, 2025, 2:31 pm
