Berita Berita
Bekas penjaga gol Kelantan FA serah diri selepas disyaki tembak rakyat Malaysia di Sungai Golok
SUNGAI GOLOK 3 Nov. - Seorang bekas penjaga gol Kelantan FA yang disyaki terlibat dalam kejadian tembakan membabitkan rakyat Malaysia dengan 18 das tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok kelmarin, menyerah diri kepada polis malam tadi.
Menurut jurucakap Balai Polis Sungai Golok, suspek yang berusia awal 30-an itu hadir ke balai polis berkenaan dengan membawa dua pucuk pistol, dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.
“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan. Dua pucuk pistol yang dibawanya dipercayai adalah senjata api yang digunakan semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang wanita sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki dikenali di hadapan rumah mereka di Kampung Bering.
Kejadian sekitar pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah ketika suaminya, Mohd. Fuad — seorang peniaga beg terpakai secara dalam talian — sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
November 3, 2025, 4:05 pm
Tiga lelaki ditahan belasah budak 12 tahun hingga cedera dituduh curi 'power bank'
November 3, 2025, 3:59 pm
'Terdapat unsur pengabaian' - Polis panggil ibu bapa budak lemas di kolam 'homestay' di Durian Tunggal
November 3, 2025, 3:21 pm
'Inilah saat terjemah segala pengorbanan' - Anwar ucap selamat maju jaya kepada 413,000 calon SPM 2025
November 3, 2025, 2:35 pm
MP kerajaan gesa tindakan tegas terhadap Awang Hashim atas dakwaan hina Hulu Langat, Kota Melaka
November 3, 2025, 2:31 pm
