Berita Berita
KPM arah siasatan telus kes murid 10 tahun ditemui mati dalam tandas sekolah
 
KUALA LUMPUR 4 Nov – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan keadilan perlu ditegakkan dalam kes kematian seorang murid Tahun Empat di Negeri Sembilan dan mahu siasatan dilakukan secara menyeluruh terhadap semua pihak berkaitan.
Dalam kenyataannya hari ini, KPM berkata pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga murid berkenaan berhubung kejadian tragik itu.
“Pada waktu ini, kes masih dalam siasatan pihak polis.
Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham,” katanya.
Kementerian itu menegaskan, siasatan yang telus dan menyeluruh amat penting bagi memastikan setiap persoalan terjawab serta tidak timbul sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses undang-undang.
Sebelum ini, seorang murid lelaki berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan, sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher, dan tiada sebarang kecederaan lain ditemukan pada tubuh mangsa.
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, yang menuntut agar siasatan dijalankan secara adil bagi memberi keadilan kepada keluarga mangsa.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
Kerajaan kaji naikkan had BUDI95 pemandu e-hailing kepada 800 liter sebulan
November 4, 2025, 11:45 am
Influencer Taiwan ditemui mati dalam tab mandi di hotel bersama Namawee, polis siasat sebagai kes bunuh
November 4, 2025, 11:15 am
Chegubard lepas, bebas tuduhan fitnah Agong
November 4, 2025, 11:11 am
KPDN Perak sita aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM27,742
November 4, 2025, 11:06 am
