TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Segamat dilanda gempa bumi lagi buat kali kesembilan

By
|
Kongsi
image

SEGAMAT 4 Nov – Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi lemah direkodkan dengan magnitud 2.7 Skala Richter di Segamat semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, kejadian gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 7.55 malam tadi.

Katanya, gegaran dikesan berlaku di kedudukan koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan jarak gegaran dapat dirasai sejauh 3 kilometer (km) Barat dari Segamat dan kedalaman 10km.

Gegaran dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya.

Ini adalah kejadian kesembilan direkodkan berlaku di Johor dengan lima gegaran direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada pukul 6.13 pagi, 24 Ogos lalu dengan magnitud 4.1, diikuti pukul 8.59 pagi, Rabu 27 Ogos (magnitud 3.2); pukul 7.56 malam, Khamis 29 Ogos (magnitud 2.5); pukul 4.24 pagi, Jumaat 30 Ogos (magnitud 3.4) dan 7.29 pagi Sabtu 31 Ogos (magnitud 2.7).

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28km barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Gegaran disusuli berlaku di Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 tengah hari, pada 31 Ogos lalu dengan magnitud 3.0.

+ - reset