Berita Berita
Kesihatan mental murid makin baik, catat penurunan 3 tahun berturut-turut - Fadhlina
KUALA LUMPUR 4 Nov – Tahap kesihatan mental murid di sekolah menunjukkan perkembangan positif apabila peratusan yang dikesan berisiko mengalami tanda awal kemurungan dan kebimbangan menurun secara konsisten sejak tiga tahun lalu, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata dapatan itu diperoleh melalui Saringan Minda Sihat yang dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) setiap tahun terhadap murid Tahun Lima hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.
Beliau menjelaskan, bagi murid sekolah rendah, peratus yang berisiko menunjukkan tanda awal kemurungan menurun daripada 36.42 peratus pada sesi 2022/2023 kepada 35.50 peratus (2023/2024) sebelum susut ketara kepada 6.18 peratus (2024/2025) dan 5.39 peratus setakat September 2025.
Sementara itu, bagi tanda awal kebimbangan, peratusan menurun daripada 6.52 peratus (2022/2023) kepada 6.23 peratus (2023/2024) dan seterusnya 5.75 peratus setakat September tahun ini.
Bagi murid sekolah menengah, Fadhlina berkata peratus yang menunjukkan tanda awal kemurungan pada tahap sangat teruk juga mencatat penurunan ketara – daripada 2.21 peratus (2022/2023) kepada 1.72 peratus (2023/2024) dan 0.8 peratus setakat September 2025.
Bagi tanda awal kebimbangan yang sangat teruk, kadar berkurang daripada 4.83 peratus (2022/2023) kepada 2.01 peratus setakat tahun ini.
“Penurunan ini membuktikan keberkesanan pengesanan awal, program sokongan psikososial dan intervensi berfokus yang dilaksanakan di sekolah.
Usaha ini selari dengan pendekatan pencegahan berterusan bagi memastikan kesejahteraan murid terpelihara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan (PH) yang meminta statistik terkini mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan murid serta rancangan kerajaan untuk mewujudkan pemeriksaan mental secara berkala di sekolah.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 sebelum ini mendedahkan kira-kira 424,000 murid atau 7.9 peratus mengalami masalah kesihatan mental, mendorong KPM memperkenalkan Program Minda Sihat Sekolah.
Program itu, jelas Fadhlina, memberi tumpuan kepada pemerkasaan psikososial, kesejahteraan sosioemosi serta intervensi awal terhadap murid yang dikenal pasti berisiko.
“Antara strategi utama termasuk promosi minda sihat, saringan tahunan, intervensi dan konsultasi ibu bapa atau penjaga, selain kerjasama dengan pelbagai agensi awam dan swasta,” katanya.
Fadhlina menegaskan, KPM akan terus memperkukuh inisiatif kesihatan mental di sekolah bagi memastikan setiap murid mendapat sokongan menyeluruh – bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga kesejahteraan emosi dan sosial.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
Kerajaan kaji naikkan had BUDI95 pemandu e-hailing kepada 800 liter sebulan
November 4, 2025, 11:45 am
Influencer Taiwan ditemui mati dalam tab mandi di hotel bersama Namawee, polis siasat sebagai kes bunuh
November 4, 2025, 11:15 am
Chegubard lepas, bebas tuduhan fitnah Agong
November 4, 2025, 11:11 am
KPDN Perak sita aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM27,742
November 4, 2025, 11:06 am
