TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM tempatkan 1,277 guru secara berfasa di Sarawak sejak Februari

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Nov – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menempatkan seramai 1,277 guru secara berfasa di sekolah-sekolah seluruh Sarawak, termasuk kawasan pedalaman, bermula Februari tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM turut melaksanakan pengambilan guru tetap dua kali setahun, manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) membuka sistem permohonan sepanjang tahun bagi mempercepatkan proses pengambilan dan penempatan guru.

Menurut Fadhlina, pendekatan baharu ini memecahkan amalan lama dengan memberi peluang lebih luas kepada calon, termasuk graduan bukan pendidikan, untuk menyertai profesion keguruan melalui laluan ikhtisas seperti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

“Langkah ini bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi juga selaras dengan tuntutan MA63 yang memberi ruang kepada Sarawak untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan sumber manusia pendidikan.

“Di bawah Bab Reformasi Pendidikan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), KPM akan terus memperkukuh pendekatan desentralisasi tadbir urus pendidikan dengan memperkasakan peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Ali Biju (PN–Saratok) mengenai langkah mengatasi kekurangan guru di pedalaman Sarawak serta usaha memastikan autonomi pendidikan negeri diperkasa di bawah RMK13.

Fadhlina menambah, pendekatan itu membolehkan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan disesuaikan dengan konteks dan keperluan tempatan, selaras dengan semangat MA63 yang menekankan rundingan bersama kerajaan negeri dalam hal pendidikan.

+ - reset