TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPDN Perak sita aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM27,742

By
|
Kongsi
image

IPOH 4 Nov – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita pelbagai aksesori telefon bimbit berjenama disyaki tiruan bernilai RM27,742 menerusi empat serbuan berasingan di Ipoh, Manjung, Parit Buntar dan Taiping, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat daripada wakil pemilik cap dagang berhubung penjualan alat ganti serta aksesori telefon bimbit berjenama yang dipercayai tiruan.

“Hasil pemeriksaan menemui 913 unit aksesori telefon bimbit yang disyaki menggunakan cap dagangan berjenama, namun dipakaikan secara salah pada barangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, wakil syarikat cap dagang turut membuat pengesahan awal terhadap barangan berkenaan, dan premis-premis terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Kamalludin berkata, semua barangan dan dokumen berkaitan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai rampasan keseluruhan melibatkan empat premis tersebut dianggarkan berjumlah RM27,742. Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya.

+ - reset