Berita Berita
Influencer Taiwan ditemui mati dalam tab mandi di hotel bersama Namawee, polis siasat sebagai kes bunuh
 KUALA LUMPUR 4 Nov - Kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel mewah di ibu negara, bulan lalu, kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, selepas siasatan polis menemui beberapa petunjuk baharu berkaitan kejadian itu.
Mangsa, Hsieh Yun Hsin, 31, ditemui mati dalam bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.
Ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama sebelum ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan awal sebelum ini mengklasifikasikan insiden sebagai Kematian Mengejut (SDR), namun keputusan itu diubah selepas perkembangan baharu diperoleh hasil siasatan lanjut.
“Kes ini kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, susulan pengklasifikasian semula kes itu, Namewee dijangka akan ditahan semula dalam masa terdekatbagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandibilik hotel berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
Siasatan mendapati mangsa memasuki Malaysia pada 20 Oktober lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Mayat wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 4:38 pm
PGIRM persoal keberkesanan Akaun Fleksibel, lebih sejuta pencarum masih terdesak
November 4, 2025, 4:13 pm
KKM lancar Program ERAT untuk perkasakan pesakit diabetes
November 4, 2025, 4:05 pm
Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis minta sogokan
November 4, 2025, 3:50 pm
Malaysia satu-satunya negara berani tegur Trump isu Gaza – Anwar
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
