Berita Berita
MCMC siasat imej laporan palsu libatkan PM di Facebook
KUALA LUMPUR 6 Nov – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran di Facebook yang memaparkan imej disunting menyerupai laporan portal berita tempatan bertajuk “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US”.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa imej berkenaan, yang turut menggunakan logo portal media tersebut, adalah palsu dan berpotensi mengelirukan orang ramai.
Menurut suruhanjaya itu, siasatan awal turut mengesahkan portal berita terbabit telah menafikan sebarang penerbitan laporan tersebut serta menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama dan logo organisasi media itu.
“Sehubungan itu, individu disyaki telah dipanggil bagi membantu siasatan dan keterangan telah dirakam pada hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka.
“Satu peranti telefon bimbit dan satu kad sim telah disita bagi tujuan analisis forensik digital,” jelas kenyataan itu.
MCMC berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
Pekerja kilang maut, kaki terputus dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Asajaya
November 6, 2025, 12:10 pm
Munoz puji disiplin dan semangat juang pemain selepas JDT tumbangkan Shanghai Shenhua 3-1
November 6, 2025, 12:05 pm
