Berita Berita
Lelaki ditahan halang penjawat awam bertugas di Terminal Bas BSI
JOHOR BAHRU 6 Nov. – Polis menahan seorang lelaki selepas didapati menghalang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial yang memaparkan insiden berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam 11.13 pagi pada Selasa lalu selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu keselamatan.
“Lelaki itu memaklumkan insiden dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang bertugas dengan suspek.
“Pengadu yang cuba meleraikan pergaduhan telah ditepis di bahu kiri oleh suspek, namun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Raub berkata, susulan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan suspek berusia 31 tahun pada Rabu.
Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau, manakala ujian saringan urin mendapati dia negatif dadah.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada Khamis di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 4:06 pm
Kesihatan pulih, Anwar tampil cergas selepas alami sakit belakang
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
Pekerja kilang maut, kaki terputus dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Asajaya
November 6, 2025, 12:10 pm
