Berita Berita
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
KUALA LUMPUR 6 Nov - Perhimpunan Belia India Muslim terbesar di Malaysia bakal berlangsung pada 22 November ini di Butterworth, Pulau Pinang, anjuran pertubuhan MUKMIN di bawah program S.I.R.A.T 2025.
Persiapan bagi acara tersebut sedang dijalankan dengan penuh rapi bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar.
Sempena perhimpunan berkenaan, perlawanan bola sepak persahabatan turut dianjurkan antara pasukan Belia India Muslim Selangor dan Belia India Muslim Pulau Pinang.
Majlis pelancaran jersi rasmi bagi kedua-dua pasukan diadakan semalam di Restoran Syed Bistro, di sini
Menurut Penyelaras MUKMIN, Datuk Wira Shahul Dawood, penganjuran acara sukan itu bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan atau kekalahan, sebaliknya bertujuan memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah sesama belia India Muslim.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Datuk Siraj, Tuan Man Noor, serta para pemain dari kedua-dua pasukan yang bakal beraksi pada perlawanan persahabatan itu.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 4:19 pm
'Beri modal kecil, tapi mengharap hasil besar' - Tun M kecewa Malaysia kurang hargai penyelidikan
November 6, 2025, 4:16 pm
Trump puji kecekapan keselamatan Malaysia ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
November 6, 2025, 4:06 pm
Kesihatan pulih, Anwar tampil cergas selepas alami sakit belakang
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
