TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak

By
|
Kongsi
image

TANGKAK 6 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pelajar tahfiz berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz al-Quran Zawiyah Darul Madad sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pelajar tersebut, Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, kali terakhir dilihat memakai baju jersi biru gelap dan seluar potongan tiga suku berwarna hitam bergaris putih di bahagian sisi.

“Tinggi pelajar ini adalah 157 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Amira Ibrahim, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tangkak di talian 011-61565593, hotline IPD Tangkak 06-97812222, atau mana-mana balai polis berhampiran.

+ - reset