Berita Berita
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
JOHOR BAHRU 6 Nov – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan tiga pasangan termasuk seorang janda dalam tiga serbuan berasingan di beberapa kondominium mewah sekitar bandar ini awal pagi Rabu.
Menurut kenyataan di laman Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan maklumat masyarakat antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
“Kes pertama membabitkan pasangan lelaki bujang berusia lingkungan 30-an dan wanita berstatus janda berusia 49 tahun yang ditahan di sebuah kondominium mewah di Persiaran Danga Bay, di sini.
“Difahamkan, lelaki berkenaan kerap berkunjung ke rumah sewa wanita tersebut dan biasanya bermalam di situ kerana menganggap lokasi berkenaan selamat daripada pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, dua lagi pasangan turut ditahan di sebuah kondominium di kawasan Larkin.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pasangan berusia lingkungan 20-an ditahan di dalam bilik bersama pasangan masing-masing, dan difahamkan menyewa rumah secara berpasangan serta tinggal seperti suami isteri tanpa ikatan pernikahan.
“Tangkapan ini membuktikan penguat kuasa JAINJ tetap melaksanakan operasi walaupun melibatkan kediaman mewah. Jangan sesekali menganggap tempat seperti ini selamat untuk melakukan maksiat,” menurut kenyataan itu lagi.
Semua pasangan ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
Pekerja kilang maut, kaki terputus dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Asajaya
November 6, 2025, 12:10 pm
Munoz puji disiplin dan semangat juang pemain selepas JDT tumbangkan Shanghai Shenhua 3-1
November 6, 2025, 12:05 pm
Lelaki ditahan halang penjawat awam bertugas di Terminal Bas BSI
November 6, 2025, 11:46 am
