TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Nov – Seorang wanita yang merupakan pegawai polis ditahan kerja sejak tahun lalu mencetuskan kekecohan apabila menuduh anggota polis mengugut seorang lelaki warga Pakistan yang ditahan kerana memandu tanpa lesen di Jalan Ipoh, Chow Kit, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian dihentikan sepasukan anggota polis untuk pemeriksaan selepas didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, wanita terbabit tiba-tiba datang dari arah belakang dan menuduh anggota bertugas mengugut lelaki tersebut.

“Wanita itu turut memperlekehkan pihak polis dengan mendakwa anggota berkenaan tidak mengetahui undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Fadil memaklumkan bahawa susulan kejadian itu, anggota polis terlibat telah membuat laporan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

+ - reset