Berita Berita
Munoz puji disiplin dan semangat juang pemain selepas JDT tumbangkan Shanghai Shenhua 3-1
ISKANDAR PUTERI 6 Nov. – Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Muñoz menyifatkan kemenangan 3-1 pasukannya ke atas kelab China, Shanghai Shenhua dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu sebagai hasil taktikal berkesan serta disiplin tinggi ditunjukkan pemain.
Muñoz berkata, skuad Harimau Selatan bukan sahaja mempamerkan komitmen padu, malah menunjukkan karakter permainan yang mantap sepanjang 90 minit.
"Bagi saya, ia satu kemenangan besar dan saya sangat gembira dengan prestasi para pemain.
"Mereka telah berjuang, menunjukkan rentak serta kapasiti luar biasa. Mereka bermain dengan sangat baik,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam aksi itu, Jonathan Silva muncul wira apabila meledak dua gol yang turut melayakkannya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Kemenangan berharga tersebut meletakkan JDT di tangga kedua Kumpulan A Wilayah Timur dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan — dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.
Muñoz turut memuji impak besar yang dibawa Jonathan dalam perlawanan menentang pasukan gergasi China itu.
“Saya sangat gembira untuk Jonathan. Dia mahu menghadiahkan detik ini kepada penyokong, kepada semua yang bekerja bersamanya setiap hari, kepada keluarganya, dan kepada anda semua.
“Oleh itu, penting untuk kita mengekalkan konsistensi permainan serta kekuatan struktur pasukan bagi memastikan JDT terus kukuh pada perlawanan akan datang,” katanya.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
Polis giat kesan pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak
November 6, 2025, 12:14 pm
Pekerja kilang maut, kaki terputus dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan-Asajaya
November 6, 2025, 12:05 pm
Lelaki ditahan halang penjawat awam bertugas di Terminal Bas BSI
November 6, 2025, 11:46 am
