Berita Berita
Kesihatan pulih, Anwar tampil cergas selepas alami sakit belakang
CYBERJAYA 6 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau berada dalam keadaan sihat selepas dilaporkan mengalami masalah sakit belakang baru-baru ini.
“I am good (saya sihat), lihat saya,” katanya ringkas sambil melakukan lompatan kecil sebagai bukti keadaan kesihatannya kembali pulih.
Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.
Perdana Menteri sebelum ini terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada Ahad lalu susulan mengalami sakit belakang, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO). Keputusan pembatalan dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan selepas beliau mengalami kesakitan sehingga menyukarkan pergerakan.
Dalam kenyataan tersebut, Anwar turut memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah membuat persiapan bagi menyambut kehadirannya.
Mengikut jadual pada hari kejadian, beliau sepatutnya merasmikan Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 di Temerloh sebelum menghadiri Program Temu Anwar@UMPSA di Dewan Utama Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Gambang.
Berita berkaitan
November 6, 2025, 4:19 pm
'Beri modal kecil, tapi mengharap hasil besar' - Tun M kecewa Malaysia kurang hargai penyelidikan
November 6, 2025, 4:16 pm
Trump puji kecekapan keselamatan Malaysia ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
November 6, 2025, 3:59 pm
AKPS mulakan pengambilan veteran ATM secara berperingkat mulai Januari 2026
November 6, 2025, 3:48 pm
Wanita ditahan kerja cetus kekecohan, tuduh polis ugut lelaki Pakistan ketika pemeriksaan
November 6, 2025, 2:48 pm
S.I.R.A.T 2025 bakal himpun ratusan belia India Muslim di Butterworth pada 22 November Ini
November 6, 2025, 2:22 pm
KPM perkenal subjek ‘Alam dan Manusia’ perkukuh asas dan karakter murid
November 6, 2025, 12:25 pm
Tiga pasangan termasuk janda ditahan berkhalwat di kondominium mewah Johor Bahru
November 6, 2025, 12:18 pm
